CenT-TI English

Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Untuk Belia


Tempoh : 2 hari
Cara Persembahan : E-Learning, Webinar and Seminar
Bahasa : Melayu & English
Negara : Antarabangsa
Penonton : Pelajar, orang dewasa dan pelajar lepasan sekolah mencari pekerjaan atau yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.
Harga : RM100 hingga RM250


Belia hari ini adalah aset besar kepada negara. Namun melalui sistem pendidikan yang belum begitu berorientasikan pemikiran dan penyelesaian masalah, mereka seolah-olah hanyut tanpa arah disebabkan tiada unsur kreativiti dan pemikiran kritis. Proses pembelajaran yang berlaku hanya sekadar untuk lulus peperiksaan baik di peringkat sekolah dan peringkat universiti. Mata pelajaran agama tidak difahamai secara mendalam dan penghayatan terhadap ilmu wahyu tidak berlaku kerana pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat “menyuapkan” maklumat untuk dimuntah kembali dalam peperiksaan.

Kursus dua hari ini akan mendedahkan kepada belia apa maksud berfikir secara KBAT dan aplikasinya dalam kehidupan beragama dan aplikasinya dalam penyelesaian masalah baik dalam bidang pengetahuan mereka, pengajian mereka, pekerjaan mereka dan juga dalam masalah yang dihadapi oleh dirinya dan masyarakatnya. Peserta berpeluang didedahkan kepada proses mencari maklumat yang sahih, membuat keputusan dan melaksanakan penyelesaian masalah secara sistematik.

Kembali kepada senarai program kami.